Kidas Saujana Utama
   Laman Utama Statistik Murid 2006 Pautan Pilihan
August 22 2008 03:00:14   
Navigasi
Laman Utama
Kata Alu-Aluan
Latar Belakang
Matlamat Dan Objektif
Keterangan Logo
Sejarah Premis
Tenaga Pengajar 2006
Statistik Murid 2006
Taqwim 2006
Pencapaian Akademik
Berita Aktiviti
Contoh Soalan
Pautan Pilihan
Hubungi Kami
Galeri Foto
Search
Rayuan KIDaS
Aktiviti KIDaS 2007
15-07-2007 Kursus Pengurusan Jenazah

06-07-2007 Hari Penyampaian Kad Kemajuan Murid

25-05-2007 Kematian Ustazah Zaiton

19-05-2007 Hari Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPKK & PSRA

29-04-2007 Mesyuarat Agung AJK Pengurusan Kali Ke-3

21-01-2007 Kerja Pemindahan Kontena

14-01-2007 Gotong Royong Menservis Alat Hawa Dingin

09-01-2007 Kerja Awal Pemindahan Kontena

03-01-2007 Hari Pertama KIDaS 2007

Aktiviti KIDaS 2006
28-12-2006 Kecemerlangan Pelajar PSRA Zon Timur

25-12-2006 Jualan Kalendar KIDaS

17-11-2006 Keputusan PSRA 2006

11-11-2006 Hari Kecemerlangan KIDaS 2006

06-10-2006 PSRA 2006

16-09-2006 Kelas Pemulihan Jawi

17-08-2006 Motivasi & Munajat Peperiksaan 2006

06-08-2006 Motivasi UPKK 2006

29-07-2006 Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

06-06-2006 Mesyuarat Agung AJK Pengurusan KIDaS

28-04-2006 Pertandingan Amal Islami 2006

11-02-2006 Hari Kecemerlangan KIDaS 2005
Login
Username

Password



Forgotten password?
Request a new one here.
Selamat Datang
Selamat Datang Ke Laman Web KAFA Integrasi Darul Syahadah
Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Alamat Pejabat : No 24, Jalan Cemara 8, Saujana Utama
No Tel/fax : 03-60381966
Motivasi PSRA 2008
Program Motivasi PSRA 2008 telah diadakan di Bangunan KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) pada 26 Julai 2008. Seramai 141 murid telah mengikuti program ini yang diadakaan mulai 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Daripada 141 peserta, 97 adalah daripda KIDaS, manakala bakinya 15 daripada KAFAI An-Najihin dan 29 pelajar SRI Umar Zuhdi. Mereka telah mendapat pelepasan daripada SK Saujana Utama lantaran 26 Julai juga merupakan hari sekolah ganti di SK Saujana Utama.



Program ini merupakan acara tahunan yang diadakan khas untuk menngkatkan pencapaian murid dalam PSRA. Menerusi program ini peserta didedahkan dengan motivasi dan teknik menjawab PSRA bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PSRA nanti. Penceramah jemputan daripada pelbagai bidang dan mata pelajaran telah dijemput memberikan ceramahnya.



Bengkel Motivasi & Pengurusan Strategik
KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) telah mengadakan Bengkel Motivasi Dan Pengurusan Strategik Di Hotel Prescott, Klang pada 28 & 29 Jun 2008. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada AJK Pengurus KIDaS, tenaga pengajar dan kakitangan sokongan KIDaS serta berapa orang AJK Surau Al-Hidayah telah mengikuti bengkel ini. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ustaz Kahfi Ngiso, Penolong Pegawai Tadbir Agama Kuala Selangor. Dalam ucapan perasmiannya Ustaz Kahfi menyarankan agar semua tenaga pengajar dapat terus cekal dan tabah serta sentiasa berusaha mempertingkatkan diri dengan segala macam ilmu bagi memperbaiki diri.



Bengkel ini turut diisikan dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Hj Mohd Fadzil Hj Ismail, Pengarah Urusan Ad Darain Enterprise yang menyentuh tentang bagaimana Rasulullah s.a.w bertindak sebagai pendidik. Selain daripada itu beberapa pembentangan kertas kerja cadangan telah dikemukakan yang seterusnya menjadi asas dalam bengkel membentuk Pelan Strategik KIDaS pada masa akan datang. Kertas utama cadangan Pelan Strategik KIDAS telah dibentangkan oleh Pengerusi AJK Pengurus KIDaS, Sdra Hassan Masrom yang mencadangkan Visi KIDaS untuk menjadi sekolah yang unggul menjelang 2010 di Daerah Kuala Selangor.



a. Gambar Hari Pertama
b. Gambar Hari Kedua
Hari Penyampaian Kad Kemajuan KIDaS
22 Jun 2008 ialah Hari Penyerahan Kad Kemajuan bagi KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) Saujana Utama. Kesempatan ini telah diambil oleh ramai ibubapa yang hadir ke sekolah bagi membincangkan hal ehwal akademik dan sahsiah anak masing-masing dengan guru kelas anak masing-masing. Tarikh tersebut memang dipilih bersempena dengan Hari Penyampaian Kad Kemajuan SK Saujana Utama yang turut diadakan pada tarikh yang sama. Ini memudahkan para ibubapa untuk merancang cuti atau masa untuk hadir. Sementara itu di KIDaS, para ibubapa yang hadir turut mengambil kesempatan meninjau bangunan KIDaS yang baru siap serta di rasmikan minggu lepas.



Klik Untuk lagi gambar
Perasmian Bangunan Baru KIDaS
Majlis Perasmian Bangunan KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) telah diadakan pada 15 Jun 2008 di Dataran Surau Al-Hidayah. Perasmian bagaimanapun dilakukan oleh YB Dr Zulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang menggantikan Dato’ Menteri Besar Selangor. Dalam ucapan alu-aluannya yang turut dipaparkan kepada skrin TV di sekitar majlis, Pengerusi AJK Pengurus KIDaS merangkap Pengerusi Surau Al-Hidayah Saujana Utama, Sdra Hassan Masrom mengimbas kembali detik susah payah usaha bersama mendirikan bangunan tersebut. Sebagai timbal balas belas ihsan atas usaha penduduk setempat, beliau memohon peruntukan RM200K bagi membolehkan satu lagi blok tambahan bangunan dapat dibina bagi menampung keperluan yang semakin mendesak.



Manakala YB Dr Zulkefly dalam ucapan perasmiannya merakam ucapan tahniah kepada komiti dan seluruh penduduk yang kerana atas usaha bersama yang dilakukan, impian untuk mendirikan bangunan KIDaS menjadi kenyataan. Menurut beliau lagi, permohonan tambahan sebagaimana yang disampaikan oleh Pengerusi AJK Pengurus KIDaS akan disampai dan diuruskan dengan sebaiknya. Sebaik perasmian, YB serta tetamu lain dibawa melawat sekitar bangunan serta kawasan tapak tanah yang dicadangkan akan dibangunkan bangunan tambahan KIDaS. Liputan perasmian ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 14 Jun dan 19 Jun serta Berita TV3 pada 15 Jun.



Lawatan Sambil Belajar Sekitar KL 2008
Satu Lawatan Sambil Belajar telah diadakan untuk pelajar tahun 4, 5 dan 6 ke beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur pada 24 Mei 2008. Rombongan 4 buah bas yang mengandungi seramai 160 pelajar dengan diiringi oleh 20 orang guru termasuk kakitangan sokongan KIDaS telah bertolak seawal 8.00 pagi. Antara tempat yang menjadi kunjungan ialah Mines Wonderland, Kilang Cokelat dan Muzium TUDM. Program ini diadakan ialah untuk memperkembangkan minda dan pembelajaran anak-anak KIDaS, disamping mengeratkan silaturahim dikalangan mereka dan tenaga pengajar. Rombongan tiba kembali di Saujana Utama pada jam 5.00 petang.



Klik Untuk Lagi Gambar
Sambutan Hari Guru 2008
Sambutan Hari Guru KIDaS telah diadakan pada 16 Mei 2008 di Dataran Al-Hidayah. Pelbagai acara diadakan seperti sukaneka kalangan guru, sukaneka kalangan murid dan persembahan murid-murid. Majlis diadakan mengikut sesi persekolahan pagi di petang dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukaneka dan cenderamata khas dari AJK Pengurus KIDaS kepada semua tenaga pengajar. Sementara itu, sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Selangor akan diadakan pada 15 Jun 2008.



Klik Untuk Lagi Gambar.
Perutusan Hari Guru 2008
PERUTUSAN HARI GURU 2008
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG


Guru Cemerlang Negara Terbilang, itulah tema Hari Guru 2008. Tema ini secara jelasnya memberi fokus kepada pembentukan kualiti diri guru yang unggul dalam konteks melengkapkan diri dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dan relevan untuk meningkatkan keupayaan menangani sebarang perubahan dan cabaran dengan cekap dan berkesan. Sesungguhnya guru yang berkualiti akan membentuk murid yang berkualiti dan murid yang berkualiti akan menjadi warganegara yang akan membentuk negara menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pelbagai sambutan diadakan oleh institusi pendidikan pelbagai peringkat termasuk KIDaS sebagai ‘sekolah agama’. Perlu difikirkan sejenak, apakah sambutan yang dilakukan menepati atau selaras kepada tema tersebut ?

Tidak dinafikan guru sekarang berhadapan dengan pelbagai isu yang mencabar kedudukan guru sendiri di mata masyarakat yang pada suatu ketika dulu merupakan golongan yang sangat dipandang tinggi dan diletakkan pada kedudukan yang begitu dihormati oleh masyarakat. Dalam konteks membangunkan pendidikan yang berkualiti, maka kualiti perlu dibudayakan secara berterusan dan menyeluruh.

Dalam sistem persekolahan, ianya bermula dengan guru. Guru berkualiti ialah guru berwawasan dan bermatlamat. Guru yang rajin akan berusaha untuk meningkatkan kecekapannya dalam pelbagai bidang ilmu, pengetahuan dan kemahiran. Guru seperti ini memilih untuk mencapai darjah kecemerlangan dalam kerjayanya. Bukan semata-mata pekerjaan mengisi periuk nasi, bersikap cuai dan tidak menghirau apa yang dilakukan, asalkan setiap bulan terima imbuhannya. Oleh itu, perlu diingatkan lagi bahawa guru-guru hendaklah sentiasa bersedia mempertingkat dan memperlengkapkan diri dengan ilmu serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini tidak semestinya diperolehi menerusi kursus, bengkel atau seminar yang formal kerana ianya boleh juga dilakukan menerusi pembacaan, sikap saling muafakat, saling kerjasama dan bertukar pendapat di kalangan guru.

Jika dahulu kekurangan serta suasana persekitaran barangkali menjadi alasan. Namun dengan siapnya bangunan baru, masyarakat setempat kini akan melihat kualiti didikan yang diterima oleh anak-anak KIDaS. Mereka akan bertanya apakah hasilnya setelah ratusan ribu ringgit dihabiskan untuk membina bangunan baru KIDaS ? Aspek kualiti pengajaran dan pembelajaran perlu diberikan penekanan yang lebih pada masa hadapan setelah usaha meningkatkan keselesaan bilik darjah dilakukan berbanding dengan kelas-kelas dalam kontena sebelum ini.

Itulah pengharapan yang menjadi cabaran untuk dipikul bersama. Sekiranya tidak mampu menghadapi cabaran ini, eloklah berundur diri sebelum terlambat dan anak-anak KIDaS menjadi mangsa. Tiada ruang bagi guru yang tidak kompeten dalam KIDaS. Semua guru hendaklah menjalankan amanah yang diberikan dalam mendidik anak-anak KIDaS. Selain daripada itu, peliharalah keterampilan akhlak dan sifat murabbi seorang guru sekolah agama. Usah dicemarkan sehingga boleh mencemarkan imej agama Islam itu sendiri. Juga tiada tempat bagi guru yang melarang anak muridnya kencing berdiri, sedangkan guru tersebut kencing berlari. Tegasnya, guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid. Kita tiada punyai banyak masa untuk ‘memulihkan’ orang yang juga mengajar anak muridnya supaya mentaati Allah, taati Rasul dan berakhlak mulia.

Akhirnya, jalinankan kerjasama dan perhubungan yang baik dengan ibu bapa, penjaga murid dan ahli masyarakat, yang akhirnya juga mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan sekolah.

Semoga atas segala usaha serta pengorbanan yang dicurahkan oleh para guru KIDaS, diterima Allah, mendapat keberkatan dan kesan yang positif bagi membangunkan ummah terbilang. Anggaplah juga usaha yang dilakukan sebagai ibadah yang menjadi saham di akhirat nanti. Insya’allah. Yakinilah hakikat ini.

Selamat Hari Guru

Daripada,
Pengerusi Jawatankuasa Pengurus
Sekolah Agama Rakyat ( KAFA Integrasi ) Darul Syahadah
16 Mei 2008
Pertandingan Amal Islami Kuala Selangor
Satu Pertandingan Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah Kuala Selangor telah diadakan di SRA Batu 4, Sungai Terap Tanjung Karang pada hari Sabtu 10 Mei 2008. Pertandingan Amal Islami merupakan acara tahunan yang diadakan antara SRA dan KAFA Integrasi yang mempertandingkan acara-acara seperti Tilawah, Hafazan, Azan, Berkhutbah, Syarahan, Tuisan Khat, Marhaban dan Nasyid. Majlis di rasmikan oleh Ustaz Zainal Abidin Sulaiman, Pegawai tadbir Agama Kuala Selangor yang mewakili Exco Pendidikan & Modal Insan Selangor, YB Dr Halimah Ali.



Dalam pertandingan tersebut, seorang wakil dari KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) iaitu Adik Mohd Khaidir Azhar telah memperolehi Naib Johan dalam acara Hafazan ( Lelaki ). Sebelum itu, dalam peringkat Zon Selatan, KIDaS telah menjadi Johan dalam acara Hafazan ( Lelaki ), Tulisan Khat ( Lelaki ) dan Nasyid ( Lelaki ). KIDaS juga mendapat tempat ke-3 dalam acara Tilawah ( Lelaki ) dan azan.
Wajah Ceria Hari Pertama Di Bangunan Baru KIDaS


Syukur alhamdulillah, setelah lebih setahun pembinaan dilaksanakan, akhirnya bangunan baru KIDaS dapat mula digunakan pada 21 April 2008. Ini membuka sutu lembaran baru bagi sejarah KIDaS yang sebelum ini begitu sinonim dengan 'kelas dalam kontena', yang barangkali satu-satunya KAFA Integrasi yang belajar dalam kontena di Daerah Kuala Selangor, malahan mungkin di seluruh Selangor. Keadaan ini telah menarik beberapaperhatian media untuk membuat liputan, termasuk TV3 dan Majallah I-Islamik.



Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan serta sumbangan sehingga terdirinya bangunan tersebut. Tampak berbeza sekali dengan daripada segi keselesaan untuk belajar bagi anak-anak KIDaS. Walaupun sebenarnya masih belum siap sepenuhnya, namun usaha sedang terus dijalankan untuk memlengkapkannya.


Perpindahan Ke Bangunan Baru KIDaS
Program Perpindahan ke bangunan baru KIDaS bermula pada 17 April dengan majlis Bacaan Yasin, Selawat, Doa Selamat dan Solat Hajat di Surau Al-Hidayah dan bangunan baru KIDaS. Kira-kira 100 orang telah menyertai majlis yang dikendalikan oleh anggota Persatuan Perubatan Islam Darul Syifa yang juga merupakan ahli kariah Surau Al-Hidayah. Program ini adalah sebagai persediaan ke arah menggunakan bangunan baru KIDaS mulai 21 April 2008.



Ini diikuti pada 18 April, para tenaga pengajar bersama murid, masing-masing membawa kerusi dan meja yang digunakan sama ada di premis kedai dan kontena. Ini melibatkan 10 kelas di bangunan baru KIDaS dan dua lagi yang akan masih menggunakan kedai di Jalan Dahlia. Berbanding sebelum ini, KIDaS beroperasi dalam 32 buah kelas. Pengurangan bilangan kelas adalah disebabkan kemampuan menempatkan sehingga 40 murid dalam kelas baru berbanding hanya 26 murid dalam kontena.



Manakala pada 19 dan 20 April, gotong royong bersama ibubapa telah diadakan. Kerja-kerja yang dilakukan termasuklah memasang papan putih, menyusun semula kerusi meja, menyusun perabot kelas dan pejabat, membersihkan kerusi meja, surau dan kelas-kelas, serta membersihkan kelas 3 unit kedai yang akan tamat sewaannya akhir bulan ini. Pihak surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program perpindahan ke bangunan baru KIDaS. Semoga Allah juga yang membalasnya.



Untuk lagi gambar lain, sila lawati Laman Web Surau Al-Hidayah
Seribu Wajah Pengharapan Anak-Anak KIDaS
Page 1 of 3 1 2 3 >