Kidas Saujana Utama
   Laman Utama Pautan Pilihan
January 28 2012 15:04:50   
Navigasi
Laman Utama
Kata Alu-Aluan
Latar Belakang
Matlamat Dan Objektif
Keterangan Logo
Sejarah Premis
Pencapaian Akademik
Berita Aktiviti
Contoh Soalan
Pautan Pilihan
Hubungi Kami
Galeri Foto
Search
Rayuan KIDaS
Login
Username

Password



Forgotten password?
Request a new one here.
Selamat Datang
Selamat Datang Ke Laman Web KAFA Integrasi Darul Syahadah
Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Surau Al-Hidayah Saujana Utama, Persiaran Saujana 2, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh
No Tel/fax : 03-60383814/3824
KIDaS Tempat Ketiga Amal Islami Daerah
Pertandingan Amal Islami Peringkat Daerah Kuala Selangor 2009 telah diadakan pada 16 Mei 2009. KIDaS menghantar wakil dalam 5 acara, iaitu yang telah menjadi Johan dan Naib Johan semasa pertandingan peringkat Zon sebelum ini. Walau bagaimanapun KIDaS hanya memenangi tempat ke-3 dalam tiga acara iaitu Nasyid Perempuan, Tilawah Lelaki dan Berkhutbah.




KIDAS Cemerlang Amali Zon Timur
Pertandingan Amal Islami Peringkat Zon Timur 2009 telah diadakan di SRA Awabin, Bandar Berjuntai Bestari pada 18 April 2009. Pertandingan tahunan ini melibat beberapa acara seperti Nasyid, Berpidato, Khutbah, Azan, Bercerita, Hafazan dan Tilawah Al-Quran bagi murid-murid KAFA/SRA. Perasmian penutup telah dilakukan oleh YB Dr Zulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.



Sementara itu, KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) telah mengambil bahagian dalam hampir semua acara yang diadakan, turut memenagi beberapa acara.Bagi Tahap 2, KIDaS menjadi Johan dalam pertandingan Azan, Berkhutbah dan Tilawah Lelaki. Manakala dalam pertandingan Nasyid Perempuan dan Hafazan Lelaki, KIDaS mendapat Naib Johan. Sementara dalam pertandingan Nasyid Lelaki, KIDaS mendapat tempat ke-3. Johan dan Naib Johan akan mewakili zon bagi pertandingan peringkat daerah. Manakala dalam Tahap 1, KIDaS hanya menang tempat ke-3 dalami pertandingan Hafazan / Terjemahan. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Pertandingan Mencipta Lagu KIDaS


Pertandingan ini diadakan bagi mencari lagu rasmi sebagai identiti sekolah, mewujudkan rasa kekitaan di kalangan murid dan tenaga pengajar serta meningkatkan imej KIDaS. Lagu terpilih akan dinyanyikan semasa perhimpunan sekolah atau sebarang majlis rasmi yang bersesuaian.

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghantar hasil karya yang dicipta bermula 21 Februari 2009.

Syarat-Syarat Pertandingan

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Saujana Utama, Saujana Utama 2, Saujana Utama 3, SBCR dan Seri Pristana.

2. Semua hasil karya hendaklah asli dan tidak diciplak dari mana-mana sumber atau pernah digunakan oleh mana-mana badan atau organisasi.

3. Panjang lagu hendaklah tidak melebihi 7 minit.

4. Rentak bebas, tetapi bersemangat dan sesuai dengan semangat keislaman. Rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, jazz dan yang seumpamanya adalah tidak dibenarkan.

5. Lirik lagu yang dicipta hendaklah dalam bahasa Melayu sepenuhnya dan membawa mesej bersemangat ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah diri, kecemerlangan ummah dan berunsur keislaman. Perkataan arab yang telah dimelayukan dan selalu digunakan atau yang dianggap bersesuaian boleh digunakan.

6. Lirik hendaklah mudah dihafal, jelas maksudnya dan tidak melebihi 6 rangkap. Moto KIDaS iaitu berilmu, beriman dan beramal hendaklah dimasukkan sebagai sebahagian daripada lirik lagu. Lirik tidak boleh menyentuh perkara yang dianggap sensitif dan negatif.

7. Segala kos perbelanjaan untuk menyertai pertandingan ini ditanggung oleh pihak peserta.

8. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Setiap penyertaan hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang mengandungi dengan :-

a. CD yang mengandungi audio Lagu Minus One dan Lagu Penuh ( Lagu berserta lirik ) b. Kertas mengandungi Lirik Lagu c. Kertas mengandungi Nota lagu d. Kertas mengandungi Pengenalan diri seperti Nama penoh, Alamat, No. Kad Pengenalan, No. Telefon Bimbit dan Pekerjaan.

9. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada Pengerusi AJK Pengurus, KAFA Integrasi Darul Syahadah di alamat Surau Al-Hidayah Saujana Utama, Persiaran Saujana 2, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

10. Penyertaan yang lewat atau tidak menepati syarat-syarat pertandingan, tidak akan diterima atau dinilai.

11. Penganjur berhak untuk membatalkan keputusan pemenang yang didapati melanggar syarat-syarat dan peraturan peraduan tanpa perlu memberi sebarang notis kepada mana-mana pihak.

12. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang surat menyurat serta segala bentuk komunikasi tidak akan dilayan.

13. Karya pemenang akan menjadi hakmilik penganjur. Penganjur berhak membuat sebarang pindaan yang sewajarnya tanpa perlu mendapatkan kebenaran pemenang. Namun, nama pencipta asal akan dikekalkan. Karya selain pemenang utama akan dipulangkan semula kepada peserta.

14. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 April 2009.

Lain-Lain Keterangan

1. Pemenang utama akan memenangi wang tunai yang bernilai RM 500. Beberapa pemenang saguhati juga akan dipilih berdasarkan penyertaan.

2. Semua penyertaan akan diberikan sijil penyertaan. Pemenang akan diumumkan oleh pihak penganjur pada masa yang sesuai. Pemenang juga akan dihubungi untuk majlis khas yang akan diadakan nanti.
Pengindahan Landskap KIDaS



Sambutan Maulidur Rasul KIDaS 1430H
Majlis Sambutan Maulidur Rasul KAFA Integrasi Daruls Syahadah ( KIDaS ) 1430H telah diadakan pada 13 Mac 2009. Telah menjadi tradisi bagi anak-anak KIDaS, selain daripada ceramah, tayangan video dan jamuan, mereka telah berarak di beberapa jalan di sekitar taman yang bermula dari Surau Al-Hidayah dan juga berakhir di situ. Sambil berselawat ke atas Rasulullah, mereka berarak dengan mengayakan pelbagai jenis pakaian sambil membawa sepanduk memuji dan mengagungkan Rasulullah s.a.w




Sambutan dan perarakan telah didakan bagi setiap sesi pagi dan petang mengikut kelas-kelas. Setiap kumpulan atau kelas yang berarak telah dinilai dalam pertandingan kumpulan perarakan yang terbaik. Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ketua Guru KIDaS, Ustaz Mohd Nazri. Se oga sambutan tersebut memberikan impak kepada anak-anak KIDaS dalam menghayati Maulidur Rasul.




Hari Kecemerlangan KIDaS 2008
Hari Kecemerlangan Murid KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) 2008 telah diadakan di Bangunan KIDaS pada 8 November 2008 mulai 8.30 pagi. Majlis ini diadakan bagi memberikan anugerah serta pengiktirafan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang 2008. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Zainal Abidin Sulaiman, Pegawai Tadbir Agama Kuala Selangor.



Dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Zainal Abidin Sulaiman menyeru para ibubapa untuk tidak mengharapkan semata-mata kepada guru dalam membentuk anak-anak yang cemerlang akademik dan juga cemerlang sahsiah. Menurut beliau lagi, masyarakat juga menerusi pelbagai pertubuhan yang ada hendaklah memainkan peranan dalam mencorak dan merangka aktiviti yang bersesuaian dan berfaedah supaya masa anak-anak tidak terbuang begitu sahaja. Ini adalah kerana menurut beliau, anak-anak yang ada sekarang inilah yang diharapkan mewarisi generasi pada masa akan datang. Turut hadir ialah Ustaz Samunar Hamdan, Penyelia KAFA Daerah Kuala Selangor, barisan AJK Pengurus dan AJK Surau Al-Hidayah Saujana Utama serta para ibubapa.



Sebelum itu, Ketua Guru KIDaS, Ustaz Mohd Nazri Othman dalam ucapan alu-aluannya menyeru kepada para ibubapa bersama membantu guru-guru dalam melahirkan anak-anak atau insan yang bukan sahaja cemerlang akademik, juga cemerlang sahsiahnya. Manakala Pengerusi AJK Pengurus KIDaS, Sdra Hassan Masrom pula berharap para tenaga pengajar dapat terus memberikan komitment yang tinggi dalam mendidik anak-anak KIDaS agar menjadi insan yang berilmu, beriman dan beramaal sebagaimana moto KIDaS itu sendiri.



Selain daripada hadiah kecemerlangan mengikut kelas, turut disampaikan anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik, pemenangan hafazan Surah Yasiin, Pengawas KIDaS serta anugerah Tokoh Murid. Adik Maisarah bte Jamari telah dipilih sebagai Tokoh Murid Perempuan, manaka adik Muhammad Ihtisyamuddin bin Mohd Zaidi terpilih sebagai Tokoh Murid Lelaki. Majlis juga diserikan dengan bacaan Al-Quran dan persembahan nasyid murid-murid KIDaS.




1. Gambar Sekitar - Part 1'
2. Gambar Sekitar - Part 2'
Selamat Menghadapi UPKK 2008
Ujian Penilaian Khas KAFA ( UPKK ) bagi Sekolah-sekolah Agama dan KAFA Integrasi seluruh Selangor sedang berlangsung mulai dari 3 November 2008 dan berakhir pada 6 November 2008. Seramai 137 pelajar Tahun 5 KIDaS mengambil ujian ini. Ujian ini disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Keputusan ujian ini boleh dijadikan nilai tambah bagi permohonan pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran agama selepas UPSR nanti. Selalunya keputusan diumumkan pada awal tahun berikutnya. Bersama kita doakan akan kejayaan mereka.

Selamat Menduduki PSRA 2008
Peperiksaan Sekolah Rendah Agama ( PSRA ) bagi Sekolah Rendah Agama dan KAFA Integrasi seluruh Selangor bagi tahun 2008 diadakan mulai pada 22 September hingga 25 September 2008. PSRA merupakan suatu peperiksaan yang akan diambilkira sekiranya pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Menengah kelolaan JAIS atau Kelas Aliran Agama anjuran Kementerian Pendidikan.



Seramai 97 murid dari KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) menduduki peperiksaaan ini yang diadakanbuat pertama kalinya di bangunan baru KIDaS. Manakala 15 murid KAFA Integrasi An-Najihin, Saujana Utama 2 menduduki PSRA dan 29 murid dari SRI Umar Zuhdi. Bersama kita diakan semoga mereka memperolehi keputusan yang cemerlang. Insya’allah
Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan 1429H
Satu Majlis Khatam Al-Quran Kumpulan tadarrus murid-murid KIDaS sempena Ramadhan 1429H telah diadakan pada 18 September 2008 di Surau Al-Hidayah. Menerusi program ini, sebelum majlis khatam diadakan, setiap kelas dikehendaki membaca dan menghabiskan surah-surah atau juz tertentu bagi melengkapkan seluruh 30 Juz Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran diadakan oleh peserta pilihan daripada kalangan murid untuk menjayakannya. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan progam ini.




Motivasi PSRA 2008
Program Motivasi PSRA 2008 telah diadakan di Bangunan KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) pada 26 Julai 2008. Seramai 141 murid telah mengikuti program ini yang diadakaan mulai 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Daripada 141 peserta, 97 adalah daripda KIDaS, manakala bakinya 15 daripada KAFAI An-Najihin dan 29 pelajar SRI Umar Zuhdi. Mereka telah mendapat pelepasan daripada SK Saujana Utama lantaran 26 Julai juga merupakan hari sekolah ganti di SK Saujana Utama.



Program ini merupakan acara tahunan yang diadakan khas untuk menngkatkan pencapaian murid dalam PSRA. Menerusi program ini peserta didedahkan dengan motivasi dan teknik menjawab PSRA bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam PSRA nanti. Penceramah jemputan daripada pelbagai bidang dan mata pelajaran telah dijemput memberikan ceramahnya.



Bengkel Motivasi & Pengurusan Strategik
KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) telah mengadakan Bengkel Motivasi Dan Pengurusan Strategik Di Hotel Prescott, Klang pada 28 & 29 Jun 2008. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada AJK Pengurus KIDaS, tenaga pengajar dan kakitangan sokongan KIDaS serta berapa orang AJK Surau Al-Hidayah telah mengikuti bengkel ini. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ustaz Kahfi Ngiso, Penolong Pegawai Tadbir Agama Kuala Selangor. Dalam ucapan perasmiannya Ustaz Kahfi menyarankan agar semua tenaga pengajar dapat terus cekal dan tabah serta sentiasa berusaha mempertingkatkan diri dengan segala macam ilmu bagi memperbaiki diri.



Bengkel ini turut diisikan dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Hj Mohd Fadzil Hj Ismail, Pengarah Urusan Ad Darain Enterprise yang menyentuh tentang bagaimana Rasulullah s.a.w bertindak sebagai pendidik. Selain daripada itu beberapa pembentangan kertas kerja cadangan telah dikemukakan yang seterusnya menjadi asas dalam bengkel membentuk Pelan Strategik KIDaS pada masa akan datang. Kertas utama cadangan Pelan Strategik KIDAS telah dibentangkan oleh Pengerusi AJK Pengurus KIDaS, Sdra Hassan Masrom yang mencadangkan Visi KIDaS untuk menjadi sekolah yang unggul menjelang 2010 di Daerah Kuala Selangor.



a. Gambar Hari Pertama
b. Gambar Hari Kedua
Page 1 of 4 1 2 3 4 >